Assalammualaikum Angah,
Sedikit coretan ikhlas dari adikmu.
Genaplah 4 tahun beraya tanpamu, Angah.
Gambar raya sekeluarga yang tidak lengkap.
Suasana raya yang jauh beza berbanding sebelum ini dengan kehadiranmu.
Baju rayamu masih tersusun rapi didalam almari dibungkus dengan plastik.
Betapa kami menjaga kesemua barang-barangmu yang kau tinggalkan.
Adikmu ini yang dilahirkan dengan sifat yang sangat manja.
Manja dengan abang dan kakaknya.
Apatah lagi bermanja denganmu sewaktu kau ada didunia ini.
Setiap hari kenangan baru kita ciptakan sama-sama.
Apa yang kau suka, adikmu turut suka.
Suaramu, wajahmu, tawamu dan gurauanmu.
Jujur adikmu ini sakit menahan kerinduan yang melampau didalam hati.
Seperti semalam kita keluar bersama pergi beli makanan kucingmu.
Pertemuan terakhirku denganmu sungguh tidak diduga.
Disaat itu aku meminta pertolongmu untuk menghantarku di LRT disebabkan aku bersemangat untuk memberi sokongan kepada seseorang yang aku suka dan sayang dulu.
Jikalau aku tahu saat itu adalah saat terakhir aku melihatmu Angah.
Adikmu ini sanggup berpatah balik dengan apapun hanya untuk menghabiskan masaku denganmu.
Jujur adikmu ini dapat merasa sesuatu benda buruk akan berlaku sepanjang minggu kepergianmu.
Hati membuak untuk pulang ke rumah tetapi ada halangan disaat itu.
Dapat khabar dari bekas tunangmu yang menyatakan dirimu sudah tiada.
Hanya Allah sahaja tahu apa yang adikmu rasa disaat itu.
Disaat itu adikmu ini tidak sedarkan diri manakala sahabat sahabat adikmu ini gigih kejutkan.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Hebat sangat Allah menguji adikmu ini Angah.
Sepanjang perjalananku menuju ke jenazahmu.
Kaki adikmu ini lemah.
Mata kering dengan airmata.
Suara terus membisu.
Acik memelukku erat, tersangatlah erat.
Dari raut wajahku hanya Dia yang tahu.
Melihat badanmu terbaring diatas katil mayat itu tanpa titisan darah pun.
Sudah membuat hatiku kosong saat itu.
Ya Allah, aku baru sedar ini baru kehilangan dirimu Angah.
Sungguh aku tak dapat bayangkan sekiranya suatu hari nanti, Allah mengambil semua ahli keluargaku.
Angah, adikmu ini tidak pernah lupa sekalipun segala nasihat yang pernah kau berikan.
Adikmu akan terus kuat untuk memberi senyuman baru kepada keluarga kita.
In syaa Allah Angah, kita jumpa disana nanti.
Doa dariku tidak pernah putus untukmu.
Semoga engkau tenang disana.
Semoga engkau dalam kalangan orang soleh dan beriman.
Nantikan adikmu ini.
Sekali sekala datanglah jenguh adikmu yang comel ini.
Mama, Abah, Abe, Acik, Kak Long, Abang Zaidi, Farisya, Rayyan semua rindukan Angah.
-- AL-FATIHAH --
Muhd Fahimi B Ismail
(1987-2013)
"Kehilanganmu dalam hidupku tersangatlah perit kerana kehadiranmu sebagai abang keduaku sangatlah memberi kegembiraan dalam hidupku. Terima Kasih Angah"